PJJ di dunia sudah berakhir, lelaki harap disatukan dengan arwah isteri di ‘sana’

Pastinya meruntun jiwa apabila kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata. Kisah pemergian Aizura Zulkifli ketika tengah sarat hamil mendapat perhatian ramai apabila dia dan suami menjalani kehidupan PJJ selama sedekad apabila Aizura berkerja di Kuantan, sementara pasangannya pula di Johor.

Meskipun isterinya telah selamat disemadikan di Alor Gajah, tetapi Ahmad Zukhairi Sulaiman akui tiada perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa pilu perasaannya ketika ini.

“Berat. Sumpah berat.”

Luahan hati suaminya meruntun hati para pembaca dan warganet yang turut berduka serta simpati atas dirinya yang kehilangan isterinya yang sedang sarat.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan hati saya ketika ini. Tiada perkataan.

“Saya kehilangan seorang isteri, anak-anak kehilangan seorang ibu, adik-adik kehilangan seorang kakak, mak ayah kehilangan seorang anak, mama abah kehilangan seorang menantu, saudara kehilangan seorang talian darah, rakan-rakan kehilangan seorang sahabat. Hilangnya seorang, kesannya ramai.

Zukhairi menganggap pemergian isterinya sebagai “pemergian yang menyatukan”. Baginya walaupun hubungan mereka terhenti di sini, namun hubungan lain kembali bersatu.

Masih belum puas menangis

Terpaksa sorok tangisan daripada anak-anak demi menjaga emosi mereka. Zulhairi juga luah akan terus menjaga anak-anak sedaya upaya sepenuh daya, selagi masih bernyawa dan diberi kesempatan.

“Maaf jika saya belum puas menangis kerana terpaksa sorok tangisan dari anak-anak. Emosi mereka lebih penting dari emosi saya. Dengan izin Allah, saya mampu. Doakan saya.”

Zulkhairi juga meluahkan rasa syukur buat yang banyak membantu keluarganya dalam mengharungi ujian ini.

“Dengan ini berakhir siri PJJ keluarga kita di dunia, mungkin Allah ingin satukan keluarga kita di ‘sana’ nanti. Dengan izin Allah. Ameen.”

“Sayang, saya redha.”

Baca Juga: Monyet ini berkali-kali kejut mayat tuannya buat netizen sebak

Baca Juga: Bilik sewa RM350 macam lubang kubur-Netizen pertikai harga mahal tiada tingkap boleh sesak nafas