Pokok tumbang, enam individu trauma lepas empat kenderaan dihempap

  • Post author:

Pastinya pelbagai perkara bermain di fikiran bila pokok tumbang di atas kenderaan, pastinya panik untuk keluar selamatkan diri. Buat enam individu ini, mereka berdepan detik cemas selepas empat kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang.

Kejadian dikatakan berlaku berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Petaling Jaya pada pukul 4.18 petang melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Komander Operasi, Mazuri Mat Zain berkata, setibanya di lokasi kejadian didapati empat kenderaan yang melalui Jalan Mahkota berhadapan cawangan Maybank Maluri dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang lapor Utusan.

“Kejadian melibatkan membabitkan enam mangsa termasuk dua warga emas berusia 60 dan 70 tahun.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya.

Menurut beliau, semua mangsa hanya cedera ringan tetapi mereka dikatakan mengalami trauma kerana takut dengan kejadian tersebut. Operasi membersihkan pokok tumbang turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Baca Juga: Wah! bukan biasa-biasa, lepas kena patuk, lelaki ini ‘gigit’ pula ular itu sampai mati

Baca Juga: Apa sudah jadi? Murid tahun 6 sudah pandai tulis surat cinta berahi ajak rakan perempuan jumpa ditandas!