Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang menakjubkan.
Baru-baru ini, seorang peminat kiub rubik di Britain berjaya memecahkan Guinness World Records apabila dia menyelesaikan 6,931 permainan itu dalam masa 24 jam.
Menurut agensi berita United press International (UPI), George Scholey, 20, menyiarkan percubaannya menerusi siaran langsung di sebuah bilik hotel bagi memecahkan rekod dunia kategori kiub rubik berputar paling banyak diselesaikan dalam masa 24 jam.
Percubaan itu dilakukan bertepatan dengan sambutan hari Guinness World Records Day malah remaja itu berjaya menyelesaikannya dalam masa satu hari mengalahkan rekod pendahulunya dari Kanada, Eric Limeback dengan 5,800 kiub rubik pada 2013.
Remaja lelaki itu adalah juara bertahan bagi permainan kiub rubik di Britain dan disenaraikan sebagai salah seorang ‘speedcubers’ paling pantas oleh Persatuan Kiub Rubik Dunia.
“Bahagian paling sukar dalam rekod ini adalah untuk mencapai masa 12 jam. Saya berasa agak letih, namun orang lain pula begitu teruja.
“Mereka meraikannya dan berkata, anda berada dalam laluan untuk memecahkan rekod dunia namun waktu ketika itu baru 12 jam berlalu,” katanya lagi.
Baca Juga: Nasib abang bomba pandai pujuk, lelaki tak jadi terjun bumbung rumah
Baca Juga: Puteri Norway sanggup tinggalkan istana, kini teman tunang jadi dukun