Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Gunung Semanggol ditutup sepenuhnya petang ini.
PPS itu dibuka tengah hari semalam bagi menempatkan 12 mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Tengah Bukit Semanggol dekat Bagan Serai.
Pengerusi Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri memaklumkan, PPS berkenaan ditutup pada jam 1 tengah hari tadi, selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir di kawasan kediaman mereka telah surut sepenuhnya.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terbabit termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta individu, dan semua pihak yang bertungkus-lumus menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang ia beroperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Hujan lebat selama beberapa jam awal pagi semalam menyebabkan kawasan Kampung Tengah Bukit Semanggol di Bagan Serai dilanda banjir kilat.
Paras air dikatakan naik setinggi kurang semeter pada kira-kira jam 3 pagi semalam, sekali gus mengakibatkan tiga keluarga terpaksa ditempatkan di PPS.
Baca Juga: Banjir: Anggota bomba sudah siap siaga
Baca Juga: Netizen kagum kecekapan pemandu bas, ‘power driver’ dia!