Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengumumkan secara rasmi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Ahad ini.
Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari berkata, pengumuman berkenaan akan dibuat serentak dengan negeri lain yang akan diadakan di Wisma Amanah.
“Keseluruhan kerusi yang ditandingi oleh Amanah akan diumumkan pada petang 30 Oktober ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengenalan Calon dan pelancaran jentera PRU-15 Amanah Negeri Sembilan, semalam.
Sebelum ini, media melaporkan, penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bakal mempertahankan kerusi itu pada PRU-15.
Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi AMANAH berkata, ia dilakukan atas dasar setia dan taat kepada parti walaupun sebelum ini beliau berhasrat mahu berundur dan memberi laluan kepada calon lebih muda.
Baca Juga: Baik sangat bagi rakan guna nama sebagai penjamin, Man Kidal diisytihar muflis
Baca Juga: Monyet ini berkali-kali kejut mayat tuannya buat netizen sebak