Kurang 48 sahaja lagi rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara iaitu memilih calon atau wakil rakyat di hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menerusi laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, kebanyakan lebuh raya utama di Malaysia mengalami kesesakan akibat pertambahan kenderaan temasuklah Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
Pengumuman cuti kelepasan am bermula esok hingga Sabtu seperti yang telah diisytiharkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjadikan rakyat mengambil peluang untuk pulang sehari dua lebih awal sebelum hari pengundian.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan pulang ke kampung serta pastikan tahap kenderaan dalam keadaan baik.
TML mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat Malaysia dan berhati-hati di jalan raya.
Baca Juga: Hanya restu anak bertanding atas tiket Pas, rakyat anggap PN terdesak sampai guna isu ini
Baca Juga: Bola gol ‘tangan tuhan’ Maradona dilelong RM10.83 juta!