PRU-15: Chin Tong ke Iskandar Puteri ganti Kit Siang

  • Post author:

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sah akan bertanding di kerusi Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, sekali gus menyaksikan Chin Tong akan menggantikan penyandang kerusi itu sejak Mei 2018, iaitu Lim Kit Siang.

Bagi Parlimen Mersing, Loke turut mengumumkan penampilan muka baharu iaitu Fatin Zulaikha Zaidi, 29, yang juga pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

“Fatin adalah calon wanita Melayu ketiga ditampilkan DAP bertanding pada PRU15 selepas Young Syefura Othman (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

“Syabas atas keberanian Fatin untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” katanya ketika mengumumkan calon DAP bertanding di Johor, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, antara calon lain yang diumumkan adalah Teo Nie Ching mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, manakala Wong Shu Qi akan mempertahankan Parlimen Kluang.

Baca Juga: Serbuan di pusat hiburan, lima anggota polis antara yang ditahan

Baca Juga: Bergaya ala orang dewasa, kepintaran adik ini pakai selendang buat netizen kagum dengan kemahiran dimilikinya