PRU-15: DAP umum lapan calon DUN, empat Parlimen di Pahang

  • Post author:

DAP malam tadi mengumumkan lapan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pahang.

Pengumuman dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu Majlis Pengumuman Calon DAP Pahang di Bentong.

Menurut Anthony, tiga calon muda mewakili parti itu iaitu Ho Chi Yang, bagi kerusi DUN Tanah Rata, Muhammad Khairil Khalid bagi DUN Pulau Manis dan Thomas Su di DUN Ketari.

“Manakala bagi kerusi DUN Mentakab, Sabai, Triang dan Bilut pula, DAP mengekalkan penyandangnya iaitu Woo Chee Wan, D Kamache, Leong Yu Man dan Lee Chin Chen.

“Calon Parlimen Lipis, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji turut diumumkan sebagai calon DUN Tras.

“Tiga lagi calon Parlimen DAP masing-masing iaitu Young Syefura Othman (Bentong), Chow Yu Hui (Raub), Chiong Yoke Keong (Cameron Highlands),” maklum beliau.

Anthony berkata, kali ini menyaksikan pertambahan satu kerusi Parlimen dan DUN berbanding PRU-14 yang lepas.

Baca Juga: Panik anak hilang padahal ibu sibuk berborak di rumah jiran, orang yang selamatkan pula dituduh menculik

Baca Juga: Netizen ‘berpeluh tapak tangan’ tengok wanita ini berada di puncak KLCC