PRU-15: Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika dilantik dalam Kabinet

  • Post author:

Selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini penyandang Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula tekad tidak mengambil gaji jika PH berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini.  

Katanya, jika presiden parti berikrar tidak mengambil gaji, beliau juga mempunyai rasa yang sama iaitu tidak mengambil gaji.

“Saya akan masukkan duit gaji itu ke dalam sebuah tabung supaya saya boleh sampaikan bantuan secara terus kepada rakyat. 

“Saya tidak pernah menafikan bantuan kepada rakyat Lembah Pantai berdasarkan perbezaan parti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ngeteh Bersama Anwar Ibrahim di Bazaria Pantai, Lembah Pantai, semalam.

Pada PRU-14, Fahmi memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 5,598 undi mengalahkan lawannya, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) dan Fauzi Abu Bakar.

Fahmi mendapat 33,313 undian, Raja Nong Chik mendapat 27,715 undian dan Fauzi mendapat 5,277 undian.

Baca Juga: Dah lima tahun, lelaki ini baru tersedar rupanya…

Baca Juga: Melihat adik ini ‘mandi’ telur ayam, netizen seloroh suruh ibu bapanya bersabar