PRU-15: “Kita harap akan dapat kerusi majoriti mudah, momentum sambutan juga baik daripada pengundi,” – Anthony Loke

  • Post author:

Pakatan Harapan (PH) akan berusaha untuk memenangi setiap kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang tidak mahu membuat sebarang jangkaan tentang kerusi yang bakal dimenangi gabungan itu, sebaliknya tetap komited menawan hati pengundi.

“Kita harap, kita akan dapat kerusi majoriti mudah memandangkan momentum sambutan yang baik dari pengundi.

“Sambutan terhadap ceramah-ceramah kita, terutamanya ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim amat memberangsangkan.

“Kita dapat maklum balas yang tidak dijangka di kubu-kubu kuat BN seperti Bagan Datuk dengan kehadiran yang cukup ramai.

“Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan dan PH ada sedikit kelebihan tetapi kita tahu PRU ini apa-apa sahaja boleh berlaku, kita akan ambil pendekatan berhati-hati dan terus bekerja kuat dan cermat,” ujarnya.

Beliau mengulas demikian ketika ditemui selepas Ceramah Mega Harapan Jerai di Yan Kecil, malam tadi. 

Baca Juga: PRU-15: PH yakin kadar keluar mengundi lebih 80%

Baca Juga: PRU-15: Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika dilantik dalam Kabinet