PRU-15: MySPR sesak capai hits 2.5 juta per saat

  • Post author:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa MySPR Semak mendapat hits yang terlalu tinggi sehingga melepasi 2.5 juta per saat.

Perkara itu sekali gus menyebabkan kesesakan dan gangguan pada capaian aplikasi dan portal laman semakan tersebut.

Bagaimanapun, pihak SPR telah memaksimumkan penggunaan pelayan (server) yang ada bagi mengatasi masalah ini.

Terdahulu, orang ramai merungut laman semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) https://mysprsemak.spr.gov.my/ tidak boleh dilayari kerana dipercayai mengalami gangguan akibat kesesakan capaian trafik internet.

Hari pengundian di seluruh negara yang ditetapkan hari ini, menyebabkan ramai rakyat Malaysia melayari laman tersebut untuk menyemak lokasi dan saluran pusat pengundian masing-masing.

Baca Juga:  Mahu isu air selesai di Kelantan, wanita harap dapat pemimpin yang lebih berwibawa di Kelantan

Baca Juga: PRU-15: Jangan percaya dakwaan pakai seluar pendek, selipar tidak boleh mengundi – SPR