PRU-15: Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Perak

  • Post author:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengesahkan akan meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai salah seorang calon di bawah kuota parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan perkara itu berkata, Nik Omar akan mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk salah sebuah kerusi Parlimen di Perak.

Beliau berkata, senarai penuh kerusi yang ditandingi wakil PKR di bawah PH, akan diumumkan pada 28 Oktober ini.

“Seterusnya ialah Al-Fadil Ustaz Nik Omar merupakan tokoh yang sangat dihormati, dari keluarga yang ulama yang sangat dihormati, dalam zaman ini ramai yang tak boleh menyaingi kasih rakyat seperti Nik Aziz.

“Beliau (Nik Omar) dengan sendirinya merupakan seorang ilmuwan agama, pendakwah disegani.

“Beliau tentunya difahami sebagai anak kepada mantan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pernah bertugas sebagai YDP YADIM. Al Fadil Ustaz akan bertanding di Perak,” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis pengumuman tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Baca Juga: DAP bertanding empat kerusi Parlimen di Pahang 

Baca Juga: Tindakan dilakukan dua rider ini kepada warga emas, buat netizen nak mengalir air mata