PRU-15: PH Johor umum senarai calon 3 November

  • Post author:

Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di 26 kerusi parlimen di Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), pada 3 November nanti.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad.

“Kita sudah selesai pembahagian kerusi dan kita serahkan kepada kepimpinan parti atas kebijaksanaan mereka untuk menentukan calon, sebab PRU-15 agak kritikal.

“Semua parti ada pengalaman jadi kerajaan. ‘Calon boleh menang’ juga antara faktor penentu kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat ‘Training of Trainers’ Petugas Parti Politik Bagi PRU-15 Negeri Johor, di bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 November ini, penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Baca Juga: Tak mahu maafkan suspek, hati isteri luluh lihat suami sudah tak bernyawa

Baca Juga: Calon PKR di Negeri Sembilan belum muktamad – Aminuddin