PRU-15: PH optimis mampu bentuk kerajaan di Perlis

  • Post author:

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yakin gabungan tersebut akan dapat membentuk kerajaan negeri di Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Noor Amin, keyakinan itu berdasarkan peningkatan momentum sokongan rakyat terhadap PH menerusi siri kempen mereka, walaupun peluang kemenangan masih terbuka buat setiap calon lain yang bertanding. 

Beliau berkata, PH dijangka dapat menambah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di samping mempertahankan kawasan dimenangi sebelum ini seperti Indera Kayangan, Sena dan Kuala Perlis.

“Kita lihat PH berpeluang untuk tambah kemenangan satu lagi kerusi DUN bawah Parlimen Kangar sama ada di Bintong atau pun Kayang.

“Empat lagi kerusi DUN akan dapat dimenangi berkemungkinan akan datang dari dua Parlimen iaitu Arau dan Padang Besar, sekali gus membolehkan kita membentuk kerajaan negeri di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini seperti dilapor Utusan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai peluangnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kangar, Noor Amin berkata, beliau berkeyakinan mampu menang di kawasan itu berdasarkan rekod perkhidmatannya sebelum ini.

“Bagi saya setiap pilihan raya adalah berbeza dan semua calon ada peluang masing-masing, cuma kelebihan saya sebagai penyandang ialah kami dapat menceritakan rekod perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat,” katanya lagi.

Baca Juga: Memiliki kaki paling besar di dunia, wanita ini diiktiraf Guinness World Records

Baca Juga: Kejam! Lelaki tergamak heret dan pukul wanita, anak pula meraung di tepi