PRU-15: PKR beri bayangan letak MB Selangor di Parlimen Gombak

  • Post author:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November nanti.

Anwar berkata, parti tersebut sedia menghantar ‘panglima’ Selangor itu untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, perkara itu sudah dibincangkan dengan Amirudin yang bersedia berdepan sesiapa sahaja di kerusi berkenaan.

“Amir (Amirudin) memberitahu saya bahawa beliau adalah ‘cicak mengkarung’ dan mampu (menang). Insya-Allah.

“Ini bukan pengumuman rasmi kerana ia dibuat pada 28 Oktober ini, (tetapi) saya sudah bocor soalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU-15 PH Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa, malam tadi.

Baca Juga: Rod besi tertusuk rahang, doktor berjaya keluarkan menerusi pembedahan

Baca Juga: PRU-15: Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Perak