Ketua Setiausaha Pengelola PKR Johor, Hasni Abas dipilih sebagai calon Parlimen Sembrong bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini.
Menurut Rafizi, ia antara tiga kerusi yang tidak diumumkan PKR ketika pengumuman 72 calon parti itu di Semenanjung, Jumaat lalu.
“Hasni akan menggalas tanggungjawab berat untuk mencabar calon BN yang menjadi kerusi tradisi parti itu.
“Walaubagaimanapun, rekod PKR di Sembrong adalah menggalakkan pengurangan majoriti Datuk Seri Hishamuddin dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya hingga Sembrong menjadi kerusi marginal,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Rafizi menjelaskan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menamakan Naib Presiden PKR, K Saraswathy di Parlimen Tapah dan penyandang, S Kesavan mempertahankan Parlimen Sungai Siput.
Baca Juga: Adik ini timang bola ala pemain profesional, netizen luah rasa kagum dengan kemahiran dimilikinya
Baca Juga: ‘Sebab bukan rumah tangga anak dia yang runtuh’ – netizen berang Kazar pertahan kesalahan anak