PRU-15: “Saya sudah lakukan yang terbaik!” – R Ramanan

  • Post author:

“Saya ingat biar pengundi tentukan (siapa wakil rakyat mereka di Sungai Buloh) dan saya yakin dengan kebijaksanaan mereka,”

Demikian kata calon Pakatan Harapan (PH), Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan terhadap pengundi di kerusi berkenaan untuk menentukan siapa wakil rakyat mereka esok.

Ramanan berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik sepanjang 13 hari berkempen dan bertemu pengundi, selain mendengar masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengundi untuk memastikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri pada Ahad ini.

“Saya menyeru semua pengundi Sungai Buloh keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan mengundi PH untuk masa hadapan anak-anak serta cucu mereka,” katanya seperti dilapor Utusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penyerahan Lesen dan Permit Penjaja Sementara Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin dan Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan Khairy Jamaluddin (BN), Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing merupakan calon Bebas.

Baca Juga: Ambil duit ATM rosak, kakak wanita pulangkan tanpa bersemuka

Baca Juga: Memiliki kaki paling besar di dunia, wanita ini diiktiraf Guinness World Records