Pusat sembelih ayam kotor dan meloyakan, premis diarah tutup

  • Post author:

Kotor dan meloyakan!

Itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Susulan keadaan yang meloyakan tekak itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan pusat penyembelihan berkenaan ditutup.

Tindakan penguatkuasaan itu diambil dalam satu operasi yang dijalankan DBKL, semalam bersama dengan beberapa agensi terlibat.

Operasi itu melibatkan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menurut hantaran yang dimuat naik DBKL di Facebook, pemeriksaan mendapati lantai dan dinding di ruang proses berkarat, berlumut, berdaki hitam serta kotor disebabkan aktiviti sembelihan ayam.

Malah, semua pengendali makanan di pusat itu juga tidak mendapatkan suntikan tifoid serta gagal mempamerkan dokumen pengenalan kerana hampir semua pekerja adalah warga asing.

Premis itu juga dikenal pasti tidak mempunyai sistem penapisan sisa efluen yang menyebabkan hasil aktiviti penyembelihan ayam seperti darah akan terus dialirkan ke saliran atau longkang awam.

Dalam operasi yang melibatkan seramai 21 anggota itu, sebanyak dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 23(3)(b)- UUK Pelesanan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

JASWPKL turut mengambil sampel air untuk dianalisa dan Penahanan Operasi Kelengkapan Di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127.

Baca juga:  Ibu yang lahirkan, budak 6 tahun menangis muka disamakan dengan bapa

Baca juga:  Tak kisah digelar wanita terhodoh di dunia, asalkan anak bahagia