Jika anda dilahirkan sebagai seorang puteri, pastinya anda akan lakukan apa sahaja untuk kekal berada di istana selamanya. Namun buat puteri dari keluarga diraja Norway, Princess Martha Louise mengambil keputusan meninggalkan istana untuk bersama tunangnya yang juga seorang guru spiritual.
Louise dan tunangnya, Durek Verrett bakal memulakan bisnes perubatan secara alternatif atau menjadi dukun bersama tunangnya.
“Princess Martha Louise tidak akan mewakili istana buat masa ini. Pasangan itu bagaimanapun akan terlibat dengan majlis keraian keluarga tetapi bukan aktiviti berkaitan dengan Royal House of Norway,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana seperti dilaporkan CNN.
Laporan sama menulis, Louise, 51, dan Verrett telah menjalankan beberapa seminar yang menawarkan perubatan dukun sekali gus mengajak para pesakitnya menggunakan ‘kelebihan’ yang dimiliki untuk mengubah dunia.
Verrett juga dikatakan telah menulis sebuah buku dengan judul Spirit Hacking dengan pengisian berkaitan ilmu dukun berharga sekitar RM1, 000. Antara isi kandungannya ialah ia mampu mengundang roh atau menarik kuasa dari alam lain dan membantu seseorang pulih dari penyakit.
Baca Juga: Misi mencari jodoh diteruskan, lelaki tertinggi di dunia kecewa tak dapat beristerikan wanita Rusia
Baca Juga: ‘Susur sajalah ke kiri tu kemudian baru masuk ke kanan’ – Ini salah satu punca jalan sesak