Kes puting beliung sangat jarang berlaku di Malaysia, jadi pastinya ada yang akan merakam situasi ini. Kejadian tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan penduduk Yan.
Kejadian dikatan berlaku petang semalam tidak membabitkan kejadian tidak diingini atau bencana kepada penduduk berhampiran. Pusaran angin itu berlaku ketika hujan lebat yang disertai angin kencang lapor Utusan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, kejadian disedari anggotanya yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah pada pukul 5.17 petang.
“Selepas membuat semakan dengan orang awam, sepasukan anggota bertugas digerakkan ke empat lokasi kejadian pusaran angin untuk membuat pemantauan.
“Namun kita mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di Kampung Teroi, Jalan Titi Batu 18, Kampung Sedaka dan Kampung Dulang, di sini,” katanya.
Kejadian itu sempat dirakam seorang penduduk, Abd. Rashid Mohd. Darom, 36, semasa dia berada di luar rumahnya di Taman Cempedak Indah, Guar Cempedak di sini.
Walaupun dalam keadaan terkejut kerana kali pertama melihat kejadian itu depan matanya, Abd. Rashid sempat merakamkan pusaran itu sehingga ia hilang.
Baca Juga: Bukan biasa-biasa, kereta dan vespa dijadikan mas kahwin
Baca juga: ‘Dia pemarah sebab dia buat segala-galanya’