Ramai sebak tengok usaha ayah ini nak gembirakan anaknya

  • Post author:

Sudah menjadi lumrah hidup, seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya yang tersayang.

Tidak kira daripada segi wang ringgit atau pun sokongan moral, semuanya ‘diredah’ asalkan anak-anak itu gembira.

Baru-baru ini tular satu video, seorang lelaki gigih menerbangkan wau yang dibuatnya agar anaknya yang sedang baring di kerusi, terhibur menyaksikannya.

Walaupun tidak terbang tinggi seperti di tepi pantai, tetapi ‘usaha’ ayah itu cukup membuatkan anaknya ketawa keriangan.

“Tak boleh tengok ayah yang usaha gembirakan anaknya…. rasa sebak sangat-sangat.”

“Masuk habuk mata… Ya Allah berikan kesembuhan dan kekuatan buat mereka…”

Itu antara komen netizen yang tersentuh hati melihat video berkenaan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka dan diberikan kesembuhan kepada anak kecil itu.

Baca Juga: Duit ada semua boleh jalan? Ini kisah Burj Khalifa dan Jalur Gemilang

Baca Juga: Biarpun 11 tahun tregedi tsunami berlalu, lelaki ini menyelam tiap hari dengan harapan jumpa mayat isteri