Jana Wibawa adalah sebuah projek dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 untuk membantu kontraktor tempatan secara rundingan terus melalui inisiatif kerajaan ketika itu dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di bawah program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM12.25 bilion bagi pelaksanaan 89 projek pembinaan jalan, bangunan dan infrastruktur. Daripada 89 projek ini, hanya 56 projek telah dikeluarkan SST dan melibatkan kos sebanyak RM6.5 bilion.
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati terdapat ketirisan dalam pemilihan kontraktor apabila mereka didakwa perlu bersetuju dengan syarat yang dikemukakan.
Modus operandi bagi projek kelolaan kerajaan ini adalah ‘orang tengah’ yang diminta memberi peratusan sumbangan kepada Parti Primbumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk sejumlah nilai dari projek diberikan.
Fakta Jana Wibawa:
1. Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa, yang dimulakan pada tahun 1993, diteruskan semasa pandemik COVID-19.
2. Program ini khusus untuk pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen, di mana ahli Lembaga Pengarah, pemegang saham, dan semua pihak yang terlibat adalah 100 peratus Bumiputera.
3. Pelaksanaan program ini diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 November 2020. Ia bertujuan mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan. Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).
4. Untuk mengenalpasti syarikat yang layak menyertai program ini, penilaian dilakukan berdasarkan dua fasa. Fasa pertama dilaksanakan di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), manakala fasa kedua dilakukan di peringkat agensi pelaksana.
i) Fasa Pertama: Jawatankuasa di peringkat MOF akan memastikan semua kriteria dipenuhi oleh calon-calon kontraktor Bumiputera. Kriteria tersebut termasuklah kontraktor gred G7 dengan penarafan SCORE CIDB sekurang-kurangnya 3 bintang, memiliki rekod yang baik, serta berkeupayaan dari segi teknikal dan kewangan. Selain itu, mereka tidak dibenarkan untuk sub-kontrak kepada mana-mana pihak.
ii) Fasa Kedua: Kontraktor yang layak dan telah disenarai pendek akan dimaklumkan kepada agensi pelaksana, seperti JKR, KPLB, dan JPS, untuk tujuan pelawaan mengemukakan bidaan projek. Syarikat yang dipelawa akan bersaing untuk mengemukakan tawaran terbaik yang akan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus Perolehan Kerajaan. Jika didapati layak, syarikat tersebut akan dilantik oleh agensi pelaksana.
5. Kesemua proses di peringkat MOF (dari segi kelayakan di Fasa Pertama) telah dilaksanakan secara telus dan terbuka.
6. Penilaian dari MOF.
Untuk rekod, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dituduh mengambil rasuah berjumlah RM232.5 juta serta salah guna kuasa ketika bergelar perdana menteri ketika pandemik covid-19.
Baca juga: “Seumur hidup tak pernah senang, dapat duit KWSP pun suami ambik pergi enjoy dengan bini baru”