Ramai tawar nak jadi kekasih, Hafiz Hamidun mahu lebih berhati-hati

  • Post author:

Umum tahu perkahwinan Hafiz Hamidun dan bekas isteri hanya bertahan selama lima bulan selepas dia meragui status wanita tersebut yang dikatakan sudah bercerai. Mungkin kerana itu dia lebih berhati-hati dalam memilih kekasih sebelum menghalalkan hubungan.

Hafiz,38, dikatakan sudah mempunyai seseorang di dalam hatinya namun wanita tersebut mungkin dari negara luar dan bukan dari Malaysia lapor mStar.

“Status sekarang sedang berteman. Mungkin jodoh saya bukan di sini, tetapi di luar negara,” katanya.

Kegagalan rumah tangga yang dihadapinya mengajar Hafiz agar lebih berhati-hati untuk mendekati wanita tambah pula di zaman moden ini sudah ramai yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya di media sosial.

“Ramai yang tawar diri nak jadi kekasih melalui direct message (DM) di Instagram. Tapi kalau tak kenal, tak mungkin saya akan terima begitu saja.

“Untuk memilih pasangan, perlulah kenal hati budi seseorang itu dengan lebih dekat. Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasaraya,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia sudah sedia untuk kembali mendirikan rumah tangga namun dia menyerahkan kepada Allah mengenai soal jodohnya.

“Saya sendiri sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun jika ada jodoh maka ia pasti akan terjadi. Sekarang biarlah sekadar berkawan dahulu,” katanya.

Baca Juga: Seolah-olah dekat sangat, Neelofa sebak lihat helaian rambut, capal Rasulullah

Baca Juga: Video tular disangka kes culik, polis sahkan kejadian sebenar