Remaja mengaku lakukan seks dengan lelaki 20-an, ibu terkejut dapat cucu lepas bawa pergi hospital

  • Post author:

Seorang ibu tidak menyangka sakit perut anaknya itu petanda dia mahu melahirkan. Remaja yang baru berusia 14 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di Baling. Lebih mengejutkan remaja tersebut mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

Wanita yang baru bersuai 40-an itu membawa anaknya ke hosptal  kira-kira pukul 4.30 petang selepas mengadu sukar membuang air besar namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa anaknya sarat mengandung dan bakal melahirkan anak.

Pelajar tersebut selamat melahirkan anaknua kira-kira dua jam kemudia. Menurut sumber, si ibu terus membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol.

“Berdasarkan keterangan diambil, dia memaklumkan anaknya mengadu sukar buang air besar sebelum nampak ada darah pada kaki anaknya.

“Dia juga menyedari perubahan bentuk fizikal anaknya, tetapi pelajar itu memberitahu ia kerana berat badannya naik,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pihaknya mengambil keterangan daripada pelajar terbabit dan mendakwa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an lapor Kosmo.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Baca Juga: Ala-ala tengah ‘fashion show’, lelaki ini peraga kain bendera parti politik buat netizen geli hati

Baca Juga: 70 profesor Melayu taruh harapan kepada Anwar untuk jadi PM