Resepi mudah buat sos bawang putih ala kedai arab, ikut sebijik-sebijik mesti menjadi!

Hujung minggu ini apa kata anda berkelah bersama ahli keluarga? Sambil-sambil itu boleh la bawa sekali hidangan seperti ayam panggang atau kambing.

Untuk dipasangkan bersama hidangan tersebut, boleh anda cuba resepi ini dimana sos bawang putih resepi Afiqah Hairi ini sangat sedap! Ibaratnya seperti makan di kedai arab tak tipu.

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih

1 biji telur

2 sudu besar cuka

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)

Cara penyediaannya:

Kisarkan semua bahan sehingga mencapai tekstur yang serupa dengan mayonis. Jika ingin membuat stok, boleh menggandakan nisbah bahan tersebut. Simpan dalam peti sejuk supaya mayonis ini dapat tahan selama tiga bulan.

Mayonis ini bukan sahaja mudah dihasilkan, tetapi anda juga boleh menyesuaikannya mengikut cita rasa peribadi anda, sama ada ingin menambahkan lebih banyak rasa bawang putih atau tidak.

Baca juga: “Aku cari nafkah sorang untuk keluarga, suami pulak seronok mabuk cinta dengan janda anak tiga”