Risau adik terjatuh, kucing ini jadi ‘penyelamat’, netizen tersentuh lihat apa yang kucing itu buat

  • Post author:

Kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan disebabkan fizikalnya yang comel dan menghiburkan.

Selain itu, haiwan itu juga sangat manja dan boleh dijadikan sebagai penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video mengenai kucing yang sangat menjaga atau dipanggil sebagai pelindung kepada seorang budak kecil.

Kucing itu bertindak ‘menjaga’ budak kecil itu kerana dia dilihat ingin memegang besi beranda.

Dalam video tersebut, budak kecil itu dilihat beberapa kali cuba memegang besi di berandar, namun dihalang kucing cerdik itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kecerdikan dan sifat penyayang kucing comel itu.

“Haiwan pun ada hati perut dan belas kasihan.. risau kucing tu pulak yang jatuh..,”

“Baik dan bijak kucing ini..  sanggup bahayakan diri dia jalan atas tu nak jaga keselamatan budak tu.. tahniah tuan kucing tu..,”

Baca Juga: https://themalaysialife.com/iq-masing-masing-kat-tapak-kaki-lelaki-bengang-tiktoker-buat-lawak-rogol-di-live/

Baca Juga: “Nasib mengidam nak pegang memerang kak, bukan harimau” – netizen seloroh kepada akak mengandung