INDIANS WELLS, CA - MARCH 12: Roger Federer of Switzerland hits a backhand against Stephane Robert of France at the BNP Paribas Open at Indian Wells Tennis Garden on March 12, 2017 in Indian Wells, California. (Photo by Kevork Djansezian/Getty Images)

Roger Federer umum bakal bersara selepas Piala Laver

  • Post author:

Para peminat tenis pastinya berduka dengan berita bersaranya pemain legenda tenis, Roger Federer yang bakal mengakhiri kerjanya sebagai pemain tenis selepas tamat saingan Piala Laver di London minggu depan.

Pemain terkemuka tenis dunia itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan pemain Poland, Hubert Hurkacz, dalam suku akhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu, di mana dia kemudian menjalani pembedahan lutut buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan.

“Seperti yang anda semua tahu, sepanjang tiga tahun lalu telah memberikan saya cabaran dalam bentuk kecederaan dan pembedahan,” kata Federer dalam media sosial.

Sudah menerima takdir yang diri sudah berusia, Federer mengakui bekerja keras namun sedar kapasiti dan had sudah sampai limit dan faktor usianya yang kini sudah 41 tahun.

“Saya sudah bermain lebih daripada 1,500 perlawanan sepanjang 24 tahun. Tenis telah melayani saya dengan lebih pemurah berbanding apa yang pernah saya impikan dan kini, saya perlu menyedari bila masanya untuk saya menamatkan karier kompetitif saya.

“Saingan Piala Laver di London minggu depan akan menjadi acara ATP terakhir buat saya. Sudah pasti saya masih akan bermain tenis pada masa akan datang cuma ia bukan dalam grand slam atau jelajah.

“Ini adalah keputusan yang berbelah-bahagi kerana saya akan merindukan segala-galanya yang telah diberikan jelajah ini buat saya tetapi pada masa sama, terlalu banyak perkara untuk diraikan,” katanya lagi.

Bagi saingan Piala Laver, yang akan mengambil tempat pada 23-25 September ini, Federer akan mewakili Pasukan Eropah bersama Rafael Nadal, Novak Djokovic, Andy Murray, Casper Ruud dan Stefanos Tsitsipas.

Mereka akan bertemu Pasukan Dunia yang terdiri daripada Taylor Fritz, Felix Auger-Aliassime, Diego Schwartzman, Frances Tiafoe, Alex de Minaur dan Jack Sock.

Baca Juga: Denda sehingga RM2 juta jika jual RON95 kepada warga asing

Baca Juga: Filem Bangladesh ditayang di Malaysia, tiket tayangan perdana di KLCC hari ini habis terjual