Rompak kedai emas, kerugian dianggarkan RM660,000

Begitu senang cari duit zaman sekarang, tak perlu bersusah payah bekerja 8 jam sehari. Dua lelaki larikan emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM660,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya, Perak.

Dua lelaki tersebut dikatakan bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol dalam rompakan tersebut yang dilaporkan orang awam pada pukul 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati insiden itu berlaku ketika pekerja kedai emas tersebut sedang membuka premis perniagaan.

“Dua lelaki telah mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga orang pekerja dan melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM660,000.

“Ketiga-tiga pekerja kedai emas itu tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua suspek yang masih bebas.

Baca Juga: Lelaki Jepun dibayar RM319 untuk tidak melakukan apa-apa, inilah impian semua manusia

Baca Juga: ‘Majikan paling terbaik pernah aku tengok’- Ramai puji Syahmi Sazli pandai hargai pekerja, sering bagi hadiah