Rosakkan kolam Deepavali, pemuda dan perakam direman tiga hari

  • Post author:

Padah rosakkan hiasan lantai tradisional atau kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta, dua kakitangan hospital swasta direman.

Mereka direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakannya yang telah tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kedua-dua suspek berusia 20 dan 30-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam kelmarin, selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“Kedua-dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepavali dan yang menjadi perakam.

“Mereka kini direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Vijaya Rao berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menimbulkan suasana ketidakharmonian dengan menghina agama dan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Baca Juga: Ular masuk ke bahagian enjin kereta, netizen sifatkan misi keluarkan ular macam main tarik tali

Baca Juga: Naik berat lepas kahwin, Shahir bahagia isteri selalu masak di rumah