Roslan Shah bakal bertemu Jamal Abdillah, mahu mohon maaf secara berdepan

  • Post author:

Tular isu mengenai ketidakhadiran Datuk Jamal Abdillah ke ekspo Singapura hingga menyebabkan Roslan Shah menanggung kerugian lebih RM30,000 namun sebenarnya ada salah faham antara dua pihak sehingga Roslan bertindak untuk berjumpa Jamal usai pulang dari mengerjakan umrah.

Menerusi video secara langsung menerusi Facebook hari ini, Roslan yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah berkata, dia sendiri ingin meleraikan isu itu secara berdepan kerana itu lebih afdal.

“Saya nak maklumkan bahawa saya akan bertemu dengan Datuk Jamal selepas saya pulang ke dari umrah. Sebelum ini dah ada permohonan maaf, tetapi saya rasa, lebih afdal kalau saya bersua muka,” katanya.

Walaupun dikecam hebat oleh netizen, Roslan menerima setiap kecaman itu dengan ikhlas.

“Saya tahu, ramai yang mengecam. Tapi, tak apa, saya terima semuanya,” katanya.

Baca Juga: 10 tahun bercinta, Raysha Rizrose mahu bersedia sebelum ke fasa seterusnya

Baca Juga: Roti canai Malaysia diundi makanan jalanan paling sedap di dunia, kalah pisang goreng