Bila cemburu sudah menguasai diri, apa yang dilakukan semuanya tidak memikirkan akibat yang mendatang. Seorang wanita berang apabila panggilan yang dibuat kepada teman lelakinya telah dijawab oleh wanita lain.
Tidak berada dalam keadaan siuman, si wanita bertindak membakar rumah teman lelakinya di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat.
Wanita tersebut dikatakan bergegas ke rumah teman lelakinya dan membakar membakar sofa di ruang tamu. Bangga dengan apa yang dilakukan, dia sempat menghubungi teman lelakinya menggunakan aplikasi Facetime dan menyebabkan teman lelakinya mengalami kerugian sebanyak $75,000 (RM336,000).
Suspek juga dikatakan menghantar teks mesej kepada mangsa dengan mengatakan bahawa dia berharap rumah teman lelakinya itu berada dalam keadaan yang baik.
Saudara teman lelaki rupanya
Namun nasi sudah menjadi bubur, penyesalan sudah terlambat. Senaida Marie Soto, 23, ditahan oleh pihak polis selepas menerima pertuduhan pecah masuk rumah, mencuri serta membakar kediaman teman lelakinya.
Lebih mengejutkan, wanita yang mengangkat panggilan tersebut adalah saudara lelaki terbabit dan bukan kekasih gelap seperti yang diingatnya lapor Daily News.
Baca Juga: Fuh! Wanita ni hantar pesanan makanan sejauh 30,000 kilometer, dari mana ke mana?