Rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah dengan Michael Hansen, jejaka dari Sweden yang dibina hampir 3 tahun lalu akhirnya musnah sebagaimana disahkan oleh pelakon terbabit hari ini.
“Yes, kami berdua akan bercerai dan akan jalani kehidupan masing-masing. Jika ada jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye.”
Adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah ni mengakui dia dan Michael Hansen akan berpisah.
Sharifah Sakinah juga akui, dia dan Michael Hansen sebenarnya dah bergelar sebagai pasangan suami isteri sejak hujung tahun 2020.
“Sebenarnya saya dah pun berkahwin dengan Michael Hansen sejak penghujung 2020. Selama tiga tahun kami dah bersama.”
Jelasnya hubungan mereka ada turut naiknya, dan kini mengambil keputusan untuk berpisah, dipetik Kosmo.
Terdahulu, kakaknya Sharifah Shahirah atau Shiera mengetahui masalah rumah tangga adinya itu daripada anaknya yang melihat status ibu saudaranya di Instagram.
Ekoran itu Shiera menghubungi adiknya untuk mengetahui hal selanjutnya bagaimanapun Sakinah meminta beliau jangan masuk campur dalam urusan rumahtangganya.
“Saya tak ada lihat posting Sakinah tu di Instagram, saya dapat tahu setelah anak saya yang tunjuk, saya terus hubungi Sakinah.”
“Bila hubunginya untuk dapatkan kepastian, dia minta keluarga janganlah masuk campur urusannya itu.”
“Apa yang Sakinah cakap, apa yang berlaku di internet, biarkan di internet saja. Saya pun tak tahu,” kata Shiera.
Sakinah memilih Michael, 42, yang berasal dari Sweden sebagai pasangan hidup selepas mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.
Sebelum ini, pelakon kontroversi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, tetapi bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 5.
Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Baca juga:
Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan
Baca juga: