Runtuhan salji, pendaki Austria maut

  • Post author:

Seorang pendaki gunung Austria maut manakala seorang lagi cedera selepas mereka terperangkap dalam runtuhan salji di utara Pakistan, semalam.

Runtuhan salji itu berlaku di destinasi pelancongan terkenal di lembah Shamshal di wilayah Gilgit-Baltistan, bersempadan dengan China.

Menurut Ketua Polis Hunza Zahoor Ahmad yang bercakap kepada Agensi Anadolu, pasangan daripada Austria itu, bersama seorang pemandu pelancong tempatan, dalam perjalanan turun melalui trek apabila runtuhan salji itu berlaku.

“Pendaki wanita dan pemandu pelancong itu mengalami kecederaan dan dalam keadaan selamat,” kata Ahmad.

Pendaki yang maut bernama Feineler Elias, 28, manakala yang cedera Kerber Ramona, 25, telah dipindahkan ke Kem Pangkalan.

Menurut laporan, ekspedisi itu dijadualkan kembali ke Kem Pangkalan pada 4 Oktober, namun ditangguhkan berikutan cuaca buruk.

Gilgit-Baltistan mempunyai lima puncak dengan ketinggian melebihi 8,000 meter (26,247 kaki), termasuk puncak kedua tertinggi di dunia, K-2.

Baca Juga: 4 ubat batuk, selsema Maiden Pharmaceutical tidak berdaftar di negara ini

Baca Juga: Doa di ‘tanah kebun’, akhlak adik istimewa ini dipuji netizen