Rupanya kucing ini takut bunyi enjin, menyorok dalam rumah

  • Post author:

“Lawak laa sampai menyorok… macam laa orang nampak dia…”

Itu komen seorang netizen apabila melihat video tular dua ekor kucing yang menyorok di dalam rumah kerana takut.

Bukan takut dengan manusia atau pun anjing, tetapi takut dengan lori sampah.

Menerusi video tular di TikTok itu, si comel yang berwarna oren itu kelihatan sangat takut sehinggakan dia duduk diam di tepi meja.

Mungkin kerana dia merasakan berada di tepi meja itu tempat yang paling selamat.

Kawannya pula menjengah lori sampah di sebalik langsir. Aduhai memang kelakar dua ekor si comel ini.

Mungkin bunyi enjin lori sampah yang membuatkan si comel itu takut sehingga menyorok di sana sini.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman sama iaitu kucing mereka juga takut dengan bunyi enjin.

“Samalah macam kucing saya. Orang buat fogging area kawasan rmh, dengar semuanya hilang.”

“Sama lah dgn kucing akak. Suka dok tepi tingkap kat dapur tp dr jauh dgr je bunyi lori sampah berdesup pi sembunyi 😂.”

Itu antara komen-komen netizen mengenai video tular itu, rupanya ramai ada pengalaman sama.

Baca Juga: Bantuan awal persekolahan naik, diberi kepada semua murid

Baca Juga: Doa di ‘tanah kebun’, akhlak adik istimewa ini dipuji netizen