Menjadi anak yatim piatu dengan sekelip mata apatah lagi pada usia kanak-kanak, bukanlah sesuatu yang mudah diterima namun itulah kenyataan pahit yang harus ditempuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur.
Lebih meruntun jiwa, kanak-kanak dikenali sebagai MA itu sendiri menjadi saksi ibu dan ayahnya dipijak-pijak oleh orang ramai yang berlari ke arah pintu keluar stadium selepas keadaan bertukar menjadi panik.
Bapa saudaranya, Doni berkata, M Yulianton dan Devi Ratna S datang menonton perlawanan bola sepak melibatkan Arema FC dan Persebaya Surabaya pada malam Sabtu lalu.
Katanya, MA terpisah dengan kedua-dua orang tuanya ketika kekecohan tercetus selepas pihak polis menembak gas pemedih mata.
“Yulianton terjatuh dari tempat duduk sehingga mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
“Saat ditemukan, wajahnya sudah semakin membiru dan kepucatan. MA sempat menjerit dan meminta bantuan pihak polis untuk menolong ibu dan ayahnya yang dipijak-pijak orang ramai.
“Namun, polis hanya sempat menyelamatkan MA sahaja ketika itu,” katanya seperti dilapor Tribunnews.
Baca Juga: Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 295 orang
Baca Juga: Kerugian jenayah siber cecah RM2 bilion