Saham dunia jatuh teruk 2 hari lepas. Semua orang terkaya dunia kehilangan berbillio dollar USD dalam masa satu hari sahaja. Apa sebenarnya dah berlaku? Ikuti penjelasan dari bekas CEO Tabung Haji, Nik Hasyudenn:-
Abenda “Correction” dan “Sell-off” ni?
Seperti biasa warganet akan menjadi pakar apabila berlaku perkara-perkara besar dalam masyarakat walaupun mereka bukanlah faham apa yang berlaku.
Untuk memudahkan komen dibuat ke atas apa yang berlaku di pasaran saham, saya akan jelaskan sedikit berkenaan 2 istilah yang mungkin dijumpai jika dicari konten di dalam bahasa Inggeris berkenaan kejatuhan pasaran di seluruh dunia. Semalam Jepun sahaja merosot dengan 2 angka.
Pasaran modal dunia sekarang dikatakan sedang berada di peringkat “correction” atau pembetulan. Apa yang betul dan salah tu?
Setiap aset (harta) ada nilai wajar (fair value) masing-masing. Walaupun harta ditentukan oleh 2 orang yang berjual beli dan susah nak faham mengapa mereka bersetuju dengan harganya, adalah formula yang boleh digunakan untuk mengagak nilai wajar aset berkenaan seperti nilai saham.
Apabila pasaran saham diunjurkan akan menaik, pedagang (saya tak sebut pelabur ya) akan membeli saham-saham walaupun dia tahu nilai wajarnya lebih rendah. Mengapa? Dia tahu ada orang tamak lain yang akan membelinya kerana berasa ada orang tamak lain yang akan membeli pada harga yang lebih tinggi.
Keadaan ini boleh berlaku pada tempoh yang agak lama menyebabkan keseluruhan pasaran diistilahkan sebagai “over-value” atau pun terlebih nilai. Apabila semakin ramai orang sedar perkara ni, masing-masing akan mencari alasan untuk menjual saham-saham yang terlebih nilai yang dipegang itu. Alasan seperti peperangan menjadi alasan baik untuk mula menjual.
Apabila satu pihak menjual dengan bilangan saham yang banyak, harga akan turun. Maka berlumba-lumbalah pihak lain nak menjual juga. Ini diburukkan lagi dengan perdagangan yang menggunakan algorithma yang berjalan sendiri. Pasaran akan menjadi kecoh dan harga saham secara keseluhannya akan turun. Jualan serentak inilah di panggil “sell-off”.
Proses penjualan beramai-ramai saham yang terlebih nilai ini dipanggil “correction” atau pembetulan. Harga saham akan jatuh sehingga lebih rendah dari nilai wajar di dalam satu tempoh. Kemudian ada pihak yang akan membeli balik saham-saham berkenaan selagi ianya dianggap di bawah nilai wajar masing-masing.
Biasanya pihak yang berdagang ini masuk ke pasaran saham di pelbagai negara untuk berdagang. Mereka dikatakan sebagai “pelabur potfolio”. Di mana ada madu, di situ ada mereka. Pedagang tempatan akan tumpang sekaki dengan pelabur potfolio ini.
Pelabur luar negara yang membawa dana masuk untuk membina kilang, mengeluarkan produk dan menjualnya dinamakan “foreign direct investment” atau lebih mesra dipanggil FDI. Mereka tidak masuk keluar pasaran seperti pedagang tadi. Inilah yang cuba direbut oleh pelbagai kerajaan kerana pelaburan mereka lebih stabil.
Bab kripto saya tak berani masuk campur sebab benda tu hanya dan semata-mata emosi, tak ada asas lansung.
Cukuplah untuk kali ini dan pandai-pandailah menulis berkenaan pasaran saham pula. Bab matawang mungkin dah tak menaikkan emosi .
Kredit kepada : Nik Hasyudeen
baca; Tular gunung berapi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah RM29,000