Curang ini kalau bertepuk sebelah tangan, maka tak terjadilah istilah curang. Baik si perampas dan si gatal, dua-dua bersalah dalam isu ini. Seorang selebriti media sosial Indonesia, dedah pernah jalin hubungan dengan suami orang dan menyalahkan si isteri kerana tidak pandai jaga hubungan.
Denise Chariesta bagaimanapun mengaku tidak bahagia dan nekad untuk tidak lagi jadi peruntuh rumah tangga. Empat tahun lamanya menjadi kekasih gelap, bagi Denise memori bersama bukan senang dilupakan.
Wanita tersebut mengakui masig menyayangi bekas kekasih yang dikenali sebagai Regi Datau, namun bertaubat kerana rasa bersalah kerana menyakiti hati si isteri lapor laman berita Suara.
Pernah hamil hasil terlarang
Bukan sekadar curang emosi, malah turut melakukan persetubuhan sehingga hamil anak luar nikah sekitar Mac lalu hasil hubungan bersama suami kepada pelakon dan pengacara, Ayu Dewi.
Tidak mahu menjadi isteri kedua, Denise merahsiakan dan menyembunyikan kehamilannya. Dia juga pernah menyalah Ayu Dewi kerana tidak pandai menjaga rumah tangga hingga membuka ruang untuk suami curang.
“Regi pernah mengadu pada saya yang isteri dia tak pandai jaga anak. Report card anak pun dah berbulan-bulan maknya tak ambil sampai cikgu pun telefon. Dia pernah cakap yang Ayu tak kisah kalau suami curang pun asalkan duit banyak.”
Perkahwinan ini tidak akan berjaya dengan usaha satu pihak sahaja, ia adalah hubungan di antara suami dan isteri, mencari orang ketiga hanya mengeruhkan keadaan. Maka tiada guna pertahankan perkahwinan yang sudah terang lagi bersuluh akan musnah.
Baca Juga: Paru-paru berdarah, Nad Zainal ditidurkan dua hari
Baca Juga: Dituduh terima deposit RM187,000 pelaburan tanpa lesen – Penceramah bebas didakwa