Siapa menyangka perkahwinan yang dibina selama 14 tahun hancur sekelip mata dek kerana seorang lelaki yang ditemui hanya sekali dalam hidup. Wanita dari Australia ini sanggup menceraikan suaminya demi ‘lelaki idaman’.
Namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan apabila lelaki tersebut tidak mahu ada hubungan dengannya lapor New York Post.
Amanda Trenfield menulis kisahnya dalam artikel bertajuk When A Soulmate Says No. Artikel itu berkenaan dirinya yang jatuh cinta pandangan pertama dengan orang tak dikenali ketika hadir majlis makan malam bersama suami.
Sebulan selepas Amanda bercerai, dia menghubungi lelaki tersebut dan mereka bersetuju berjumpa sementara dia masih berada di bandar sama selepas menghadiri satu majlis pengebumian.
Dapat e-mel untuk tidak teruskan hubungan
Amanda merasa kecewa setelah menerima e-mel pada keesokan hari yang menyatakan dia enggan bertemunya lagi dan mengharapkan Amanda untuk tidak hubunginya lagi.
“Keesokan pagi, saya menerima mesej. Ia ringkas dan tanpa emosi. Dia memikirkan pertemuan kami dan memutuskan bahawa tidak elok untuk mereka terus berhubung. Dia tidak mahu menganggu saya,” jelas Amanda dalam memoirnya.
Amanda ketika itu berada di lapangan terbang. Dia berasa sedih kerana masih tidak mendapat menerima mesej daripada lelaki tersebut. Amanda kemudia mendokumentasi tujuh cara menangani situasi tersebut selepas dua tahun berpisah.
“Pertemuan dengannya membina semangat dalam diri saya untuk meneroka jiwa sendiri,” katanya. – Agensi
Baca Juga: Selepas suntik ‘filler’, bibir wanita ini bengkak tiga kali ganda