Sanggup jadi ‘jenazah’ demi anak-anak, Fazley dipuji ramai

Tak ramai yang mahu dedahkan anak-anak dengan kursus mandi jenazah dan pastinya ilmu ini turut di ajar di sekolah. Tindakan Datuk Fazley Yaakob megenai fardu kifayah itu mendapat pujian ramai kerana beri ilmu tak terhingga buat anak-anak.

Fazley dalam hantaran memaklumkan mengenai kelas kendalian ustaz yang diikuti anak-anaknya mengenai pengurusan jenazah. Dia menganggap dengan menjadi ‘jenazah’ dapat memudahkan lagi proses pembelajaran.

“Hari ini aktiviti anak-anak adalah mengikuti kelas mandi jenazah. Ustaz ada bertanyakan kepada saya bagaimana kelas yang dimahukan.

“Saya cakap buat saja latihan betul-betul. Kemudian ustaz tanya, jenazah kita buat macam mana pula? Patungkah?

“Saya kata, biar saja saya jadi jenazahnya, sebab suatu hari nanti nak kena buat betul-betul juga kan?” katanya menerusi perkongsian Instagram.

Netizen mula memuji tindakan Fazley yang mengajar anak-anak mengenai fardu kifayah tersebut.

Sanggup jadi jenazah demi anak-anak, Fazley dipuji ramai

Sanggup jadi jenazah demi anak-anak, Fazley dipuji ramai
Sanggup jadi jenazah demi anak-anak, Fazley dipuji ramai

Pastinya setiap yang hidup akan merasa mati, apatah lagi bila yang dijemput itu adalah ahli keluarga sendiri. Jadikan ilmu ini peneman terakhir kita bersama jasad mereka.

Baca Juga: “Terima kasih yang doakan saya,” – Nash

Baca Juga: Cabutan khas judi dikurangkan dari 22 kali kepada lapan kali mulai 2023