Di usia 10 tahun, pastinya seorang anak ingin bermain bersama rakan sebaya namun nikmat sebagai kanak-kanak ditarik oleh bapanya sendiri apabila lelaki durjana dari Kuching, Sarawak itu bertindak menjual anaknya kepada rakan sendiri untuk dirogol.
Kegiatan jahat suspek berusia 45 tahun itu hanya terbongkar selepas anaknya membuka mulut kepada guru sekolah tentang apa yang terjadi kepada dirinya lapor Astro Awani.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan berjaya menahan suspek pada 27 September lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenalpasti motif suspek berbuat demikian.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol ke atas kanak-kanak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut dan suspek kini direman selama lima hari sehingga 3 Oktober depan.
Peringatan buat wanita, pilihlah lelaki yang bukan hanya memenuhi kriteria sebagai suami tapi perlu layak untuk menjadi bapa yang melindung anak anda.
Baca Juga: Ejen kosmetik diculik 13 September lalu berjaya diselamatkan