Cara wanita dari China mencari cinta boleh dikatakan agak unik dan pelik. Demi mendapatkan kekasih, dia sanggup menyamar sebagai lelaki dan juga tinggal di asrama lelaki secara curi-curi.
Paparan di platform media sosial NetEase menyatakan, wanita itu menyelinap masuk ke dalam asrama lelaki yang menempatkan pekerja sebuah kilang elektronik lapor Mothership.
Namun penyamaran wanita itu dibongkar oleh pekerja di asrama itu dan melaporkannya kepada penyelia kediaman. Waalaupun sudah kantoi, wanita itu enggan meninggalkan asrama walaupun sudah dijanjikan tempat tinggal baharu di dorm wanita.
Tak nak keluar sebab takut tak jumpa calon
“Dia enggan keluar kerana takut peluang bertemu cinta semakin tipis. Wanita itu juga memaklumkan bahawa dia sudah menemui seorang lelaki yang diminati di asrama tersebut,” tulis keterangan pada paparan berkenaan.
Wanita itu hanya bersetuju untuk berpindah selepas penyelia berjanji untuk mengatur janji temu dengan lelaki yang diminatinya. Artikel itu juga menyatakan bahawa wanita itu mungkin mempunyai masalah perkembangan mental atau lembam. – Agensi
Baca Juga: Punyalah takut kena pukul, pencuri telefon polis untuk minta bantuan
Baca Juga: Ibu kongsi kisah sebenar baby ajaib, tak sedar mengandung 9 bulan, tahu-tahu terberanak atas sofa