Sanggup tipu orang tua, warga asing jual telefon bimbit palsu dengan harga 1.2 juta rupiah

  • Post author:

Telefon bimbit adalah benda penting yang perlu ada pada setiap manusia tambahan pula kita hidup di zaman teknologi. Akibatnya ramai yang sanggup menipu dengan menjual barangan palsu demi mendapatkan wang secara haram dan mangsanya pasti orang tua.

Tular sebuah video di media sosial Indonesia, yang dimuat naik @berita_gossi tentang seorang warga emas yang mampu tersenyum walaupun menjadi mangsa penipuan telefon bimbit palsu.

Berdasarkan video tersebut, lelaki itu mengunjungi sebuah kedai untuk menghidupkan telefon bimbitnya lapor Suara.com.

Namun ketika memeriksa, pekerja tersebut mendapati telefon itu sebenarnya adalah replika yang dijadikan pameran.

Lelaki itu menjelaskan bahawa seorang warga asing datang ke rumahnya dan menawarkan telefon bimbit itu kepada isterinya. Wanita itu kemudian membelinya dengan harga 1.2 juta rupiah (RM365).

Selepas menjelaskan perkara yang berlaku, warga emas berkenaan kemudian memandang sayu ke arah replika telefon itu.

“Tak ada rezeki, itu sahaja,” katanya.

Sudahlah tua, pastinya duit itu disimpan untuk keperluan penting namun disebabkan ketamakan orang lain, golongan ini yang menanggung akibatnya.

Baca Juga: Hanya sebab duit, tiga lelaki dihukum mati kerana halang projek mega di Arab Saudi

Baca Juga: Nenek lesap RM140,000 akibat bercinta dengan ‘angkasawan’