Sayangnya, kereta ‘kayangan’ ini masih baharu, tapi dah terlibat kemalangan

  • Post author:

Kecewa! Seorang pemandu supercar terpaksa ‘berputih mata’ apabila kereta Lamborghini baharu miliknya bernilai kira-kira RM1.47 juta terbabit dalam kemalangan.

Akhbar The Sun melaporkan, kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok dan lima orang dilaporkan cedera 

Lamborghini Aventador kuning itu mempunyai nombor pendaftaran berwarna merah, yang menunjukkan bahawa dia baharu sahaja membeli supercar tersebut.

Kereta itu boleh dipandu pada kelajuan mencecah 350 kilometer sejam (km/j) dengan jarak 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.8 saat.

Menurut seorang jurucakap polis trafik, lelaki berkenaan didakwa menyebabkan kemalangan di lebuh raya itu pada 5 November lalu.

Pegawai yang tiba di lokasi kejadian menemui beberapa tiang utiliti dan penghadang jalan berselerak di seberang jalan bersama beberapa kenderaan yang remuk.

Perkhidmatan kecemasan menemui kereta Lamborghini kuning itu tidak jauh daripada beberapa kenderaan lain yang rosak.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memandu laju berhampiran lapangan terbang dan menyebabkan pelanggaran selepas merempuh sebuah kereta Toyota.

Lamborghini itu kemudian melanggar tiang utiliti dan bekalang trap pikap sebelum merempuh penghadang lalu terbalik.

Pemiliknya kemudian dibawa ke balai polis tempatan untuk disoal siasat.

Baca Juga: Bas bergerak perlahan masuk ke longkang lepas bunyi meletup, 17 penuntut UPSI cedera

Baca Juga: Jumpa masa hari lahir ibu, wanita jatuh cinta dengan abang tiri sendiri