Pastinya ramai mahukan jalan pintas apabila melibatkan duit terutamanya para scammer yang tidak kehabisan taktik untuk mendapatkan duit haram. Bagu penyanyi nasyid, Nazrey Johani, ada beberapa kes yang menggunakan namanya untuk mendapatkan wang.
Umum mengetahui Nazrey, 50, mengumpul dana bagi membina madrasah namun telah disalahguna scammer kononnya dana atas nama Nazrey digunakan untuk membina madrasah namun yang berlaku adalah sebaliknya.
Susulan kes tersebut, Nazrey bertindak membuat laporan di balai polis Kota Kinabalu. Baginya dia tidak mahu penipuan itu terus berlaku selain bimbang wujud ‘scammer’ lain pula yang cuba mengambil kesempatan meraih keuntungan selepas ini.
“Kami mengesan beberapa penipuan menggunakan nama Maahad Tahfizul Ustaz Nazrey Johani, Al Amin Malaysia dan The GHH Enterprise. Inilah yang baru kami dapat tahu, maka saya terus buat laporan polis.
“Saya ingin tegaskan, nama-nama itu bukanlah nama kami gunakan dalam usaha mengumpul kembali dana membina Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. Oleh itu, kami mohon semua berhati-hati sebelum masukkan sumbang ke mana-mana akaun.
“Pastikan sumbangan hanya ke akaun Maybank menggunakan nama Al Tahfiz Bayu Syahadah. Insya-Allah, harta dan wang yang anda infakkan ke jalan Allah, masuk ke akaun yang benar dan dapat kami manfaatkan untuk membina semula madrasah itu,” katanya.
Nazrey juga kesal apabila ada yang menjadi mangsa penipuan itu dan meminta semua dijauhkan daripada musibah sebegitu dengan pendedahan terbarunya lapor Harian Metro.
“Ada beberapa mangsa yang menghubungi saya dan pengurusan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah. Mereka menyatakan bahawa mereka menyumbang menggunakan TOYYIBPAY tetapi apabila kami periksa, sumbangan mereka tiada rekod dalam sistem,” katanya.
Baca Juga: Pelajar dan belia dijangka jadi sasaran baharu ‘scammer’
Baca Juga: Hakim isytihar pertuduhan tidak berasas – Apa nasihat aktivis ini untuk Pas?