‘Sebab bukan rumah tangga anak dia yang runtuh’ – netizen berang Kazar pertahan kesalahan anak

Tidak habis lagi isu perosak rumah tangga. Kini kenyataan yang dibuat pelakon veteran, Kazar mendapat kecaman ramai terutamanya apabila dia menganggap isu itu bukan masalah besar.

Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang’ dan meminta umum untuk bincangkan isu tersebut.

Rata-rata netizen berang dan menganggap Kazar membela anaknya walaupun tahu kesalahan yang dilakukan. Tidak setakat itu, netizen juga menganggap dia menyokong kerana perkara itu tidak terjadi kepada anaknya.

Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kesal dengan kenyataan dibuat boleh Kazar.

Sebelum ini Kazar membuat kenyataan agar masalah anaknya dan Syamsul Yusof serta Puteri Sarah segera diselesaikan dan berdamai. Dia Juga dikatakan akan tetap berada di belakang Ira untuk menyokong anaknya.

Baca Juga: Bedah hidung persis artis K-pop-Lana Nordin tak kisah kecaman sudah rujuk pakar agama

Baca Juga: Jiran bawah merungut rumah bising tengah malam, Bila tengok CCTV rupanya ada makhluk aneh tengah merangkak