Tiga tahun segmen yang dikendalikan PU Azman bersiaran di Suria FM, ia kini digantikan dengan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.
Difahamkan, segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM, kini sudah bertukar tangan. Segmen bersama Ustazah Asni Mansor itu bakal bersiaran esok selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi.
Penggantian segmen itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya kerana pembabitan Azman sudah sebati dengan stesen radio berkenaan yang cukup mengiburkan hati pendengar.
Malah, segmen Cik Man Nak Cakap itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.
Baca Juga: Nafi dirinya adalah suara di video Watie, Shuib mula main golf lepas pandemik
Baca Juga: 6 laporan polis diterima terhadap pendakwah selebriti, 2 di Klang, 1 di Shah Alam dan 1 di Kajang