Doha kini menjadi tumpuan hampir sejuta penyokong bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Ini tidak menghalang mereka untuk mengunjungi masjid-masjid di Doha.
Bersempena perlawanan Piala Dunia 2022, masjid dijadikan tumpuan pelancong asing yang mahu mengetahui lebih lanjut budaya dan agama Islam. Masjid Great Katara Blue antara yang menjadi tumpuan di Katara Cultural Village di Doha.
Menurut akhbar Peninsula Qatar, masjid terbabit dikunjungi ribuan penyokong yang mahu menyaksikan sendiri aktiviti disediakan seperti kesenian dan kebudayaan Islam sempena Piala Dunia.
“Tujuan ia diadakan bagi memperkenalkan penyokong asing dengan budaya masyarakat Qatar seperti pakaian, makanan dan minuman. Kebanyakan persoalan mereka mengenai hubungan kekeluargaan dalam keluarga Qatar dan tradisi perkahwinan,” kata sukarelawan Umm Ahmed.
“Soalan mereka banyak berkisar mengenai kehidupan Musim berdasarkan nilai Islamik. Ramai mengakui persepi mereka mengenai Islam dan Muslim selama ini adalah salah dan prejudis tetapi berada di Qatar membantu mereka mengubah pandangan mereka 180 darjah.”
Beroperasi berhampiran masjid
Bagi membantu dengan menjadi penghubung budaya dan menyebarkan pemahaman yang lebih jelas mengenai nilai-nilai Islam kepada pelawat asing, Umm Ahmed dan sukarelawan sedia membantu dengan beroperasi di satu sudut berhampiran masjid.
Wanita asing boleh duduk sambil minum teh atau kopi sambil mendapat penerangan lanjut mengenai kehidupan sosial di Qatar.
Tidak hanya itu, pekerja dan pendakwah turut ditempatkan pintu masuk masjid bagi memperkenalkan Islam dan mengalu-alukan kedatangan penyokong bukan Islam
Mereka juga menjawab pertanyaan mengenai agama itu dan fungsi masjid. Para pengunjung asing juga dibenarkan masuk ke dalam masjid untuk merasai sendiri suasana di dalamnya malah ada yang mengakui kali pertama mendengar laungan azan dalam kehidupan mereka.
Baca Juga: Tak pernah ‘miss’ tengok perlawanan JDT di stadium, hasrat 4 sahabat tak kesampaian
Baca Juga: Demam Piala Dunia: Gara-gara tiru gaya rambut Ronaldo, murid ini tanggung akibat