Tak semua wanita dikurniakan bakat dalam memasak, ada yang lebih memberi perhatian kepada kebersihan rumah. Bagi Yasmin Hani yang selalu dimarahi kerana masuk dapur di usia muda, dia lebih memilih rumah kemas dan sanggup berlapar untuk pastikan rumah bersih.
Memetik Xtra, Yasmin berkata dia hanya akan memasak apabila perlu sahaja serta sanggup berlapar asalkan rumahnya bersih.
“Saya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci..
“Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?
“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,” katanya.
Jadi anak bongsu, selalu dilarang masuk dapur
Yasmin sempat berkongsikan dia sering dimarahi apabila masuk ke dapur memandangkan dia anak perempuan bongsu, jadi disebabkan itu dia lebih memilih untuk mengemas rumah.
“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.
“Sebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan Dapur Tempur,” katanya.
Baca Juga: Naik berat lepas kahwin, Shahir bahagia isteri selalu masak di rumah