Selamatkan anak daripada jadi mangsa rogol, wanita potong kemaluan teman lelaki

  • Post author:

Sebagai seorang ibu dan wanita pastinya tidak akan berdiam diri apabila melihat anak yang baru berusia 14 tahun hampir menjadi mangsa rogol teman lelaki yang dianggap boleh menjadi pelindung keluarga satu hari nanti.

Wanita itu bertindak memotong kemaluan teman lelakinya sendiri sebagai langkah melindungi tidak hanya anaknya tetapi juga wanita di luar yang mungkin menjadi mangsa lelaki ini.

Tidak sedikit pun kesal dengan kejadian terbabit, wanita berusia 36 tahun  itu hanya mahu mempertahan maruah anaknya.

Nasib baik sedar cepat

Walaupun penat setelah pulang bekerja di ladang, wanita yang sudah dua tahun tinggal bersama teman lelaki tersebut tidak lelah dalam mematahkan serang teman lelaki yang cuba mencederakannya.

“Saya diserang ketika cuba menyelamatkan anak sebelum (saya )bergegas ke dapur untuk mengambil pisau.

“Saya terus memotong kemaluannya sebagai pengajaran ke atas tindakannya. Saya tidak menyesal dengan tindakan itu,” katanya kepada Times of India.

Polis di Uttar Pradesh menahan suspek berusia 32 tahun atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah usia. Suspek bagaimanapun kini sedang mendapatkan rawatan lanjut kerana keadaannya yang kritikal.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada wanita itu akan dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya, ini disebabkan wanita di India terpaksa mengambil tindakan sendiri selepas diserang secara seksual.

Tindakan memotong kemaluan itu dipanggil bobbitising selepas Lorena Bobbit menjadi tajuk utama buat kali pertama kerana memotong kemaluan suaminya pada 1993.

Baca Juga: Dibawa lari orang tak dikenali, remaja autistik ditemui di Kelantan

Baca Juga: Polis tahan ‘Apiez Bond’ yang didakwa ugut bunuh Ketua Hakim Negara, reman 4 hari