Selangor umum peruntukan khas persiapan banjir

  • Post author:

Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan peruntukan khas menambah peralatan seperti jentera, bot dan petugas sebagai persediaan menghadapi banjir minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara.

“Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya Allah. Kerajaan negeri juga mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam kenyataan sebelum ini Amirudin menjelaskan, simulasi berkenaan meliputi operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir yang perlu ditambah baik.

Menurut beliau, ini kerana misi itu lambat dilaksanakan ketika banjir besar melanda negeri tersebut, pada Disember tahun lalu.

Baru-baru ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mengeluarkan makluman sudah mengenal pasti 52 kawasan ‘hotspot’ banjir selain 307 kawasan berisiko banjir di negeri ini.

Berdasarkan grafik kawasan berisiko banjir dan hotspot bagi persediaan air pasang besar dan Monsun Timur Laut dikeluarkan baru-baru ini, kawasan berisiko itu ditentukan berdasarkan kekerapan kejadian bencana banjir sebelum ini.

Baca Juga: Banjir: PPS dibuka di Pontian

Baca Juga: Gerak hati cikgu akhirnya terjawab – Ada rahsia besar murid Tahun Satu ini sentiasa pakai jaket